Tuan rumah mesti memberi anda notis bertulis jika mereka mahu
anda berhenti menyewa. Jumlah notis bergantung pada berapa lama
anda telah tinggal di sana. Tempoh minimum notis adalah 28 hari,
walaupun terdapat pengecualian bagi kelakuan anti sosial. Jika anda
telah tinggal di kediaman itu selama lebih enam bulan, tuan rumah mesti
memberi anda alasan yang kukuh.
Jika anda mahu berhenti menyewa, anda mesti menyerahkan notis
bertulis. Jumlah notis bergantung pada berapa lama anda telah tinggal di
sana.
Penyewaan lazimnya tidak boleh ditamatkan melainkan syarat
penyewaan terbatal, terdapat fasal yang membenarkan notis diberikan atau
anda dan tuan rumah kedua-duanya bersetuju untuk menamatkannya.
Hubungi Threshold jika anda menerima notis atau meminta anda keluar.